Thursday, August 20, 2009

Terima kasih diucapkan kepada pihak PETRONAS Wilayah Sarawak kerana telah menjemput KIPLI YASSIN RESOURCES untuk menjayakan program-program anjuran mereka.
Antaranya, pada 18 Julai 2009 kami telah dijemput oleh pihak PETRONAS untuk bersama warga Kampung Sejijak, Kuching dalam Program Isra' & Mi'raj. Pada 8 Ogos 2009 pihak PETRONAS juga telah menganjurkan SEMINAR MENJEJAK KECEMERLANGAN bersama-sama pelajar SMK Matang Jaya yang akan menduduki peperiksaan SPM. Perunding Utama KIPLI YASSIN RESOURCES, Tuan Haji Kipli B Haji Yassin menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar bertajuk MENJEJAK KECEMERLANGAN serta diselitkan slot aprisiasi kepada guru dan juga ibubapa.
Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa depan demi untuk melahirkan pelajar cemerlang khususnya di negeri Sarawak tercinta. Sekali lagi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung, pelajar, guru-guru serta pihak pengurusan dan kakitangan PETRONAS Wilayah Sarawak.

No comments:

Post a Comment