Friday, May 15, 2009

Q-TALK; BINTULU DEVELOPMENT AUTHORITY

Pada 8/5/2009 KIPLI YASSIN Resources telah dijemput untuk memberi ceramah bertajuk "MENGUNGGULI KECEMERLANGAN DIRI DAN ORGANISASI" di Auditorium BDA, Bintulu. Seramai 300 orang warga BDA hadir untuk mendapatkan input ilmu daripada Q-TALK ini. Program tersebut juga dihadiri oleh Pengurus Besar BDA, Tuan Haji Mohidin Bin Ishak. Q-TALK ini memberi penekanan terhadap berapa perlunya perubahan bermula daripada diri setiap warga organisasi. Menjana perubahan bermaksud kita membebaskan diri dari sebarang bentuk sikap dan pemikiran yang negatif. Selepas itu, perlu diganti dengan input yang positif serta dibudayakan sepanjang masa oleh setiap individu dan seterusnya memacu kecemerlangan organisasi. Tahniah kepada warga BDA yang telah mengikuti ceramah ini dengan penuh minat dan semangat, diiringi dengan harapan bahawa usaha penambahbaikan sentiasa diteruskan sampai bila-bila.

Monday, May 4, 2009

TAHNIAH EJEN TAKAFUL IKHLAS

Tn. Hj. Kipli HJ.Yassin telah menyampaikan ceramah motivasi kepada ejen takaful IKHLAS yang bertajuk " MOTIVASI EJEN TAKAFUL CEMERLANG". Ceramah yang diadakan sempena dengan Majlis Pengiktirafan Ejen Takaful Cemerlang ini berjaya memberi input dan nilai tambah kepada para ejen supaya meningkatkan keupayaan mereka dalam memasarkan produk takaful yang mempunyai potensi yang luas di Malaysia amnya dan di Sarawak khususnya. Sebagai ejen, mereka perlu mahir tentang produk yang mereka pasarkan serta mempunyai kefahaman dan pengetahuan mengenai sistem ekonomi Islam dan konvensional supaya mereka dapat menyampaikan kepada klien maklumat yang tepat. Amanah membawa produk yang bersifat Islamik perlu dijaga supaya Islam itu dapat difahami serta terserlah keindahannya dalam setiap sudut. Ceramah ini diadakan pada 3 May 2009 di SIPEC, Jln P.Ramlee, Kuching.TAHNIAH ! kepada Takaful IKHLAS dan ejen yang semakin cemerlang. Teruskan perjuangan dalam memasarkan produk TAKAFUL.

"PERANAN DAKWAH KEPADA INDIVIDU DAN ORGANISASI

3 MAY 2009- PERKIM NEGERI SARAWAK telah mengadakan ceramah bertajuk " Peranan Dakwah Kepada Individu dan Organisasi" di sebuah hotel terkemuka di Kuching, Sarawak. Penceramah jemputan ialah Yg Bhg.Tuan Hj. Kipli Hj. Yassin. Seramai 120 perwakilan yang terdiri dari ahli PERKIM seluruh Sarawak telah menghadiri ceramah tersebut. Ceramah ini memfokuskan tentang peranan Ahli PERKIM dalam dakwah. Para pendakwah perlu mempunyai persediaan yang rapi seperti ilmu dan kemahiran untuk memastikan dakwah disampaikan secara berkesan. Asas pendekatan dakwah seperti yang difirmankan Allah dalam (An Nahl : 125) yang bermaksud:
" Serulah Ke jalan Tuhanmu dengan Hikmah, Nasihat yang baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara yang terbaik".
Pendakwah perlu juga mengaplikasikan strategi antara yang diberi penekanan oleh penceramah ialah Strategi Keimanan,Ibadah, Akhlak, Jihad, Kasih Sayang, Ekonomi & Politik.