Thursday, August 20, 2009

SELAMAT DATANG RAMADAN AL MUBARAK

RAMADAN AL MUBARAK
Selamat datang Ramadan yang dinanti,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Menaut cinta pada Ilahi
Ramadan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan solat, tilawah, zikir dan munajat suci.
Ramadan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alami,
Allah Ya Rabbi.
Ramadan,
Kuharap kali ini,
Ihya’mu sentiasa ku julangi
Kerana diriku tidak mahu rugi,
Bila masamu pergi,
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan,
Wa Marhaban Bikum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan diriku
Amar makruf menjadi temanku,
Dosa dan mungkar menjadi musuhku
Agar.. selepas Ramadan diriku,…suci bersih sesuci salju,
Berada dalam fitrah tanpa noda dan dosa.

No comments:

Post a Comment