Monday, December 7, 2009

PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN (PPMI)

Kipli Yassin Resources dijemput oleh Pejabat Daerah Mukah untuk mengendalikan Program Pembangunan Minda Insan Tahun 2009 bagi daerah Mukah. Program berlangsung selama 3 hari 2 Malam di Kem Belia Mukah bermula 7-9 Disember 2009.Peserta terdiri daripada 100 orang. Program ini bertujuan membuka minda peserta serta memberi motivasi kepada peserta untuk membangunkan diri melalui aspek PQ,IQ,EQ dan SQ (Q-PIES). Melalui kursus ini peserta juga didedahkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembangunan modal insan cemerlang. Kipli Yassin Resources turut menjemput R.K.MANAGEMENT and SERVICES sebagai fasilitator jemputan iaitu Tuan Abdul Razak Bin Bahtrem (www.rkmservices.blogspot.com).

Kipli Yassin Resources mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Pejabat Daerah Mukah kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program tersebut. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti hidup masyarakat setempat.

Monday, August 31, 2009

ZIARAH RAMADAN KE PARLIMEN P207 IGAN

Pada bulan Ramadan Al-Mubarak tahun 1430H ini, Yang Berhormat Datuk Haji Wahab b Haji Dollah telah menjemput KIPLI YASSIN RESOURCES untuk mengisi program Ziarah Ramadan di kawasan parlimen beliau. Tuan Hj.Kipli Hj.Yassin menyampaikan tazkirah Ramadan dan seterusnya mengimami solat Isyak & sunat Terawih berjemaah. Antara kampung-kampung yang diziarahi ialah, Kampung Bawang, Kampung Tian dan Kuala Matu di daerah Matu dan Kampung Pangtray di daerah Daro. Ini merupakan ziarah fasa pertama yang bermula dari 28 Ogos hingga 31 Ogos 2009. Manakala pada sesi ziarah fasa kedua yang dijadualkan pada 12 hingga 14 September 2009 akan meliputi Kampung Jemoreng, Igan dan Sekaan.
KIPLI YASSIN RESOURCES mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengisi program yang bermakna dan bermanfaat ini. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua penduduk kampung yang terlibat. Semoga kita semua mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa.

TAZKIRAH RAMADAN DI SARAWAK FM

Sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini ikutilah Tazkirah Ramadan di Sarawak FM setiap hari yang disampaikan oleh Perunding Motivasi dan Pengarah KIPLI YASSIN RESOURCES iaitu Tn. Hj.Kipli B Hj.Yassin. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

Thursday, August 20, 2009

PROGRAM IHYA' RAMADAN

Sempena kedatangan Ramadan Al Mubarak 1430H, KIPLI YASSIN RESOURCES telah dijemput untuk bersama menjayakan beberapa program anjuran Persatuan dan Jabatan-jabatan kerajaan.
Antaranya, Persatuan Kebajikan Islam Perbendaharaan Negeri Sarawak (KIPAS) pada 14 Ogos 2009. Forum Ramadan di Masjid Matang Jaya dan di IKMAS anjuran JAKIM Sarawak pada 15 Ogos dan 19 Ogos 2009. Ceramah Ihya' Ramadan untuk kakitangan kerajaan di Sri Aman, Sarawak anjuran JAIS Sri Aman, Pejabat Residen Sri Aman dan JAKIM Cawangan Sarawak pada 18 Ogos 2009. Majlis Tahlil khas buat Almarhumah Datuk Amar Puan Sri (Dr.) Hajjah Laila Taib dan Ceramah Ihya' Ramadan di Islamic Information Centre (IIC) anjuran PERKIM, Sarawak pada 20 Ogos 2009.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat yang telah memberi kepercayaan kepada KIPLI YASSIN RESOURCES untuk bekerjasama menyemarakkan lagi kedatangan RAMADAN AL MUBARAK. Semoga kita semua mendapat rahmat dari Yang Maha Esa. Amin.
Terima kasih diucapkan kepada pihak PETRONAS Wilayah Sarawak kerana telah menjemput KIPLI YASSIN RESOURCES untuk menjayakan program-program anjuran mereka.
Antaranya, pada 18 Julai 2009 kami telah dijemput oleh pihak PETRONAS untuk bersama warga Kampung Sejijak, Kuching dalam Program Isra' & Mi'raj. Pada 8 Ogos 2009 pihak PETRONAS juga telah menganjurkan SEMINAR MENJEJAK KECEMERLANGAN bersama-sama pelajar SMK Matang Jaya yang akan menduduki peperiksaan SPM. Perunding Utama KIPLI YASSIN RESOURCES, Tuan Haji Kipli B Haji Yassin menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar bertajuk MENJEJAK KECEMERLANGAN serta diselitkan slot aprisiasi kepada guru dan juga ibubapa.
Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa depan demi untuk melahirkan pelajar cemerlang khususnya di negeri Sarawak tercinta. Sekali lagi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung, pelajar, guru-guru serta pihak pengurusan dan kakitangan PETRONAS Wilayah Sarawak.

SELAMAT DATANG RAMADAN AL MUBARAK

RAMADAN AL MUBARAK
Selamat datang Ramadan yang dinanti,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Menaut cinta pada Ilahi
Ramadan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan solat, tilawah, zikir dan munajat suci.
Ramadan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alami,
Allah Ya Rabbi.
Ramadan,
Kuharap kali ini,
Ihya’mu sentiasa ku julangi
Kerana diriku tidak mahu rugi,
Bila masamu pergi,
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan,
Wa Marhaban Bikum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan diriku
Amar makruf menjadi temanku,
Dosa dan mungkar menjadi musuhku
Agar.. selepas Ramadan diriku,…suci bersih sesuci salju,
Berada dalam fitrah tanpa noda dan dosa.

Friday, May 15, 2009

Q-TALK; BINTULU DEVELOPMENT AUTHORITY

Pada 8/5/2009 KIPLI YASSIN Resources telah dijemput untuk memberi ceramah bertajuk "MENGUNGGULI KECEMERLANGAN DIRI DAN ORGANISASI" di Auditorium BDA, Bintulu. Seramai 300 orang warga BDA hadir untuk mendapatkan input ilmu daripada Q-TALK ini. Program tersebut juga dihadiri oleh Pengurus Besar BDA, Tuan Haji Mohidin Bin Ishak. Q-TALK ini memberi penekanan terhadap berapa perlunya perubahan bermula daripada diri setiap warga organisasi. Menjana perubahan bermaksud kita membebaskan diri dari sebarang bentuk sikap dan pemikiran yang negatif. Selepas itu, perlu diganti dengan input yang positif serta dibudayakan sepanjang masa oleh setiap individu dan seterusnya memacu kecemerlangan organisasi. Tahniah kepada warga BDA yang telah mengikuti ceramah ini dengan penuh minat dan semangat, diiringi dengan harapan bahawa usaha penambahbaikan sentiasa diteruskan sampai bila-bila.