Wednesday, April 15, 2009

KEIBUBAPAAN MERENTASI PERUBAHAN ZAMAN - DBKU

Dewan Bandaraya Kuching Utara akan menganjur ceramah yang bertajuk " KEIBUBAPAAN ; MERENTASI PERUBAHAN ZAMAN" pada 30 Mac 2009 jam 2.30 petang di Auditorium, DBKU. Pogram ini adalah terbuka kepada orang ramai. Penceramah jemputan ialah Tuan Hj. Kipli Hj. Yassin, Pengarah KIPLI YASSIN RESOURCES. Tahniah kepada DBKU kerana menganjur majlis ilmu seumpama ini. Kepada para ibubapa, perkongsian maklumat seperti ini amat wajar diikuti untuk menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran bersama InsyaAllah. Jomlah hadir beramai-ramai.

KURSUS PENINGKATAN KEFAHAMAN ISLAM

Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang menganjurkan Kursus Peningkatan Kefahaman Islam kepada penduduk kampung dalam kawasan Kuala Rajang pada 21 - 23 Mac 2009 di Tanjung Manis. Kursus ini akan dikendalikan oleh KIPLI YASSIN RESOURCES. 7 kertas kerja akan disampaikan dalam Kursus ini yang berkisar tentang topik aqidah dan ibadah serta motivasi kepimpinan. TAHNIAH kepada LEMBAGA AMANAH KUALA RAJANG kerana mampu menganjurkan kursus yang penting seumpama ini.

MOTIVASI PEPERIKSAAN & KEIBUBAPAAN DI S.K. SEBANDI ULU

Ceramah Motivasi "Peperiksaan Dan Anda" akan diadakan bagi murid tahun 6 S.K. Sebandi Ulu pada 19 Mac 2009 dan diikuti Ceramah Motivasi Keibubapaan kepada para Ibubapa di tempat yang sama. Ceramah ini akan dikendalikan oleh Perunding Motivasi Tn Hj. Kipli Hj. Yassin dan dibantu oleh En Mohd. Akbar Morili, kedua-duanya dari KIPLI YASSIN RESOURCES. Ceramah peperiksaan dan anda akan mengemukakan tips untuk berhadapan dengan peperiksaan samada sebelum atau ketika peperiksaan. Murid- murid juga akan dibimbing dengan amalan kerohanian yang patut diamalkan untuk meraih kecemerlangan. Para Ibubapa akan dibekalkan dengan suntikan motivasi betapa pentingnya sokongan ibubapa untuk menggalakkan anak-anak lebih berminat dan berfokus dalam pelajaran mereka. Duduk bersama dan senyum kepada anak-anak sesungguhnya dapat memberi dorongan kepada mereka. Bagi Sekolah yang berminat menjemput perunding motivasi kami sila hubungi kami supaya perundingan dapat dijalankan antara kedua-dua pihak.

MOTIVASI KEIBUBAPAAN SMK PUSA, SARIBAS

Pada 18 Mac 2009, Tn Hj. Kipli Hj. Yassin akan menyampaikan ceramah motivasi keibubapaan kepada para ibubapa di SMK Pusa Saribas. Ceramah ini akan menghuraikan tentang peranan ibubapa dalam pendidikan anak-anak serta kemahiran keibubapaan yang perlu diaplikasikan oleh ibubapa.

Monday, March 30, 2009

PENGURUS KIPLI YASSIN RESOURCES

Mulai 22 mac 2009 KIPLI YASSIN RESOURCES telah melantik Encik Mohamad Akbar Bin Morili sebagai Pengurus. Beliau berpengalaman dalam bidang perbankan selama 15 tahun iaitu di Bank Utama, Affin Bank dan AmBank. Segala keterangan lanjut dan penempahan perkhidmatan KIPLI YASSIN RESOURCES boleh berhubung terus dengan beliau di talian 0196537271 atau emel kyr.akbar@gmail.com. Para pelanggan boleh juga datang terus ke pejabat untuk perbincangan atau perundingan.

Q-PIES MOTIVASI MODAL INSAN CEMERLANG

Baru-baru ini seramai 50 orang Pembimbing Masyarakat KEMAS seluruh Negeri Sarawak telah menghadiri dengan jayanya program Q-PIES Motivasi Modal Insan Cemerlang. Modul ini direka khas oleh KIPLI YASSIN RESOURCES yang mengambil pendekatan bersifat holistik dalam pembangunan modal insan. Program ini telah dijalankan di Dabai Inn Politeknik Mukah. Para peserta telah berpeluang mengikuti program yang bersifat ilmiah, informatif, interaktif dan mesra pelanggan sama ada dalam kelas atau di luar.
Maklum balas para peserta amat-amat menggalakkan dan menepati bahawa program ini sangat berkesan dalam memberi kefahaman, kesedaran dan motivasi ke arah kecemerlangan kepada mereka. Antara komen para peserta:
  • "Kursus yang terbaik yang pernah saya hadiri semenjak berkhidmat dalam Jabatan KEMAS Sarawak mengajar saya betapa pentingnya disiplin diri dalam menjalankan tugas." (Sylvia Grace Keros)
  • "Q-PIES ini amat memberi kesan dan input yang banyak dalam diri saya. TAHNIAH Q-PIES." (Zubaidah Kassim)
  • "Kursus ini sangat baik dengan penceramah yang berkesan membuat saya terharu bahawa sifat saya yang selama ini dapat diluahkan. Tahniah sebab kursus ini dapat membuat saya sedar di mana saya berada kini." (Ramlah H Jafar Sidi)

Perunding Motivasi Utama: Tn Hj Kipli Hj Yassin Dibantu oleh: En Abdul Razak Bin Bahtrem

Wednesday, February 4, 2009

BEROPERASINYA KIPLI YASSIN RESOURCES

Kipli Yassin Resources yang diasaskan oleh Hj.Kipli Hj Yassin. KYR merupakan syarikat perundingan dan latihan yang memfokuskan program Pembangunan Modal Insan. Antara program terhangat di pasaran ialah Ceramah Motivasi Pekerja Cemerlang yang hanya diadakan selama 3 jam. Ceramah interaktif ini membuka ruang kepada para peserta untuk berinteraksi dengan perunding motivasi. Peserta akan dapat meneroka apa sebenarnya motivasi dan kenapa ia penting kepada para pekerja. Selain itu motivasi dalaman dan luaran akan dijelaskan secara terperinci supaya para peserta dapat mengaplikasikan ditempat kerja mereka. Peserta akan mampu meneroka diri mereka sendiri menggunakan SWOT ANALYSIS. Anda berminta hendak menganjurkan program ini di tempat anda sila hubungi Hj. Kipli di talian 013 8067471.